SELAMAT DATANG

Laman Ini Sedang Dalam Proses Pembinaan. Sebarang Kesulitan Amat Dikesali!

Sunday, October 12, 2008

UNIVERSITI ISLAM MADINAH



Universiti Islam Madinah ialah sebuah pusat pendi-dikan Islam bertaraf antarabangsa di bawah naunganKerajaan Arab Saudi. Pengajian sulongnya bermulapada hari Ahad 2 Jamadil Akhir 1381 H (1960M). Matlamat penubuhan Universiti Islam Madinah telah digariskan sepertimana berikut:



  • Menyebarkan risalah Islam ke seluruh pelusuk dunia melalui dakwah, pendidikan universiti dan pengajian tinggi.

  • Menyuburkan semangat Islam, mendalami serta mengamalkan ajarannya dalam kehidupan individu dan masyarakat yang berasaskan keikhlasan dalam beribadat kepada Allah Yang Esa serta mengikut ajaran Nabi Muhammad S.A.W.

  • Mengadakan penyelidikan ilmiah serta menterjemah kannya. Seterusnya menyebar dan menggalakkan masyarakat tentang pengetahuan Islam amnya dan Bahasa Arab khususnya. Di samping itu juga me- nyelidik ilmu-ilmu yang lain serta ilmu saikologi kemanusiaan yang diperlukan oleh masyarakat Islam amnya.

  • Melahirkan ahli bijak pandai dari kalangan mahasiswa yang datang dari seluruh pelusuk dunia. Membentuk ulama yang pakar dalam ilmu-ilmu Islam dan Bahasa Arab serta membekalkan mereka dengan ilmu tersebut bagi memudahkan mereka berdakwah kepada Islam.

  • Menghimpun pesaka peninggalan Islam dengan memelihara, menyelidik serta menyebarkannya.

  • Menggabungkan pertalian ilmu pengetahuan serta kebudayaan dengan universiti lain, Yayasan dan BadanBadan Pendidikan dunia untuk berkhidmat terhadap Islam di samping menetapkan objektifnya.

CAWANGAN


Universiti Islam Madinah telah membuka empat Kuliah:



  1. Kuliah as-Syariah

  2. Kuliah ad-Dakwah wa Usuluddin

  3. Kuliah al-Quran al-Karim wa ad-Dirasat al- Islamiah

  4. Kuliah al-Lughah al-Arabiah

  5. Kuliah al-Hadith as-Syarif wa ad-Dirasat al-Islamiah


Di bawah kelolaan Universiti ini terdapat beberapa buah tempat belajar iaitu:



  1. al-Maahad as-Thanawi

  2. al-Maahad al-Mutawassit

  3. Dar al-Hadith al-Makkiyyah

  4. Dar al-Hadith al-Madaniyyah

  5. Syu’bah al-Lughah al-Arabiah

No comments: