SELAMAT DATANG

Laman Ini Sedang Dalam Proses Pembinaan. Sebarang Kesulitan Amat Dikesali!

Sunday, October 12, 2008

PENGENALAN PERSATUAN ALUMNI UNIVERSITI ISLAM MADINAH KELANTAN



NAMA PERSATUAN

Pertubuhan ini di kenali sebagai PERSATUANALUMNI UNIVERSITI ISLAM MADINAH KELANTAN. Ia didaftarkan di bawah JabatanPendaftaran Malaysia pada 26 Mac 2005. Nombor pendaftarannya ialah 0497-05-13.

ALAMAT

PT 282, Taman al-Qari, Kg. Kubang Kerian, 16150 Kota Bharu Kelantan.

TUJUAN
  • Menanam semangat dayausaha, pemikiran sihat, hasrat dan cita-cita yang jitu dan kental serta mempunyai sifat-sifat rohaniah dan jasma-niah, dunia dan akhirat untuk setiap ahli.

  • Menyediakan peluang bagi perkembangan motivasi ahli dan masyarakat seperti:
  1. Menganjurkan kursus

  2. Menganjurkan seminar

  3. Mengadakan latihan

  4. Memberi sumbangan kepada anak yatim, balu, orang-orang miskin dan sebagainya.

  • Merancang, melaksanakan dan menilai programdan aktiviti ahli seperti bekerjasama dan ber-gabung dengan persatuan lain yang mempunyaitujuan yang sama.

  • Menambahkan tabung kewangan dengan carayang tidak bercanggah dengan undang-undanguntuk tujuan merealisasikan matlamat persatuan.

KEAHLIAN

Terbuka kepada semua lepasan Universiti Islam Madinah atau tempat-tempat di bawah kelolaannya yang tinggal di Kelantan atau pernah belajardi universiti tersebut. Bilangan ahli tidak terhad.

Jenis Ahli:

  1. Ahli Biasa - Terbuka kepada mana-mana lepasan Universiti Islam Madinah atau tempat-tempat di bawah kelolaannya atau pernah belajar di universiti tersebut yang tinggal di Negeri Kelantan.

  2. Ahli Bersekutu - Terbuka kepada mana-mana lepasan Universiti di Arab Saudi atau yang pernah belajar di universiti-universiti tersebut yang tinggal di Malaysia.

STRUKTUR ORGANISASI






No comments: