
Universiti Islam Madinah ialah sebuah pusat pendi-dikan Islam bertaraf antarabangsa di bawah naunganKerajaan Arab Saudi. Pengajian sulongnya bermulapada hari Ahad 2 Jamadil Akhir 1381 H (1960M). Matlamat penubuhan Universiti Islam Madinah telah digariskan sepertimana berikut:
- Menyebarkan risalah Islam ke seluruh pelusuk dunia melalui dakwah, pendidikan universiti dan pengajian tinggi.
- Menyuburkan semangat Islam, mendalami serta mengamalkan ajarannya dalam kehidupan individu dan masyarakat yang berasaskan keikhlasan dalam beribadat kepada Allah Yang Esa serta mengikut ajaran Nabi Muhammad S.A.W.
- Mengadakan penyelidikan ilmiah serta menterjemah kannya. Seterusnya menyebar dan menggalakkan masyarakat tentang pengetahuan Islam amnya dan Bahasa Arab khususnya. Di samping itu juga me- nyelidik ilmu-ilmu yang lain serta ilmu saikologi kemanusiaan yang diperlukan oleh masyarakat Islam amnya.
- Melahirkan ahli bijak pandai dari kalangan mahasiswa yang datang dari seluruh pelusuk dunia. Membentuk ulama yang pakar dalam ilmu-ilmu Islam dan Bahasa Arab serta membekalkan mereka dengan ilmu tersebut bagi memudahkan mereka berdakwah kepada Islam.
- Menghimpun pesaka peninggalan Islam dengan memelihara, menyelidik serta menyebarkannya.
- Menggabungkan pertalian ilmu pengetahuan serta kebudayaan dengan universiti lain, Yayasan dan BadanBadan Pendidikan dunia untuk berkhidmat terhadap Islam di samping menetapkan objektifnya.
CAWANGAN
Universiti Islam Madinah telah membuka empat Kuliah:
- Kuliah as-Syariah
- Kuliah ad-Dakwah wa Usuluddin
- Kuliah al-Quran al-Karim wa ad-Dirasat al- Islamiah
- Kuliah al-Lughah al-Arabiah
- Kuliah al-Hadith as-Syarif wa ad-Dirasat al-Islamiah
Di bawah kelolaan Universiti ini terdapat beberapa buah tempat belajar iaitu:
- al-Maahad as-Thanawi
- al-Maahad al-Mutawassit
- Dar al-Hadith al-Makkiyyah
- Dar al-Hadith al-Madaniyyah
- Syu’bah al-Lughah al-Arabiah
No comments:
Post a Comment